Selasa, 23 November 2010

tumbuhan

Tumbuhan merupakan salah satu daripada alam benda hidup yang terdapat di alam semesta.
Tumbuhan merupakan organisma yang terkandung dalam alam Plantae. Biasanya, organisma yang menjalankan proses fotosintesis diklasifikasikan sebagai tumbuhan. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menjalani proses fotosintesis.
Tumbuhan merangkumi semua benda hidup yang mampu menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil untuk menjalani proses fotosintesis dan menghasilkan kanji. Sel tumbuhan berbeza dengan sel haiwan dalam beberapa segi termasuk sel tumbuhan mempunyai dinding sel.
Secara amnya tumbuhan dibahagikan kepada :-
  1. tumbuhan berbunga sama ada:
    1. pokok berbuah
    2. pokok tidak berbuah
  2. tumbuhan tidak berbunga
istilah tumbuhan jauh lebih sukar untuk ditakrifkan dari anggapan biasa. Walaupun pakar botani menggambarkan Alam Tumbuhan, sempadan pentakrifan ahli Tumbuhan adalah lebih ketat dari definisi biasa tumbuhan. Kita cenderung untuk menganggap tumbuhan sebagai organisma multicellular, eukaryotic yang biasanya tidak mempunyai organ deria atau pergerakan terkawal dan lengkap dengan akar, batang, dan daun. Bagaimanapun, secara botani hanya tumbuhan vaskular (vascular plant) mempunyai "akar, batang, dan daun", dan sesetengah tumbuhan vaskular, seperti tumbuhan kanivor dan pokok janggut nabi, tidak menepati istilah tersebut. Tetapi agar berlaku adil, tumbuhan vaskular adalah tumbuhan yang kita sering nampak setiap hari. Istilah tumbuhan yang lebih luas adalah semua autotrof (autotroph) — iaitu, yang menghasilkan makanannya sendiri daripada bahan mentah bukan organik dan cahaya matahari. Ini adalah istilah yang manusahabah, dan yang menumpukan kepada peranan biasa tumbuhan dalam sistem ekologi. Bagaimanapun terdapat fotoautotrof (photoautotrophs) dalam Prokaryote, khususnya bakteria photoautotrophik dan cyanobacteria.
Cyanobacteria kadang-kala (bersebab) dikenali sebagai alga biru-hijau. Kemudian terdapat masalah bahawa kebanyakan orang, termasuk botanis, memanggil cendawan (mushroom) sebagai tumbuhan, walaupun cendawan adalah badan berbuah (fruiting body) fungi (Alam Fungi), dan bukannya photoautotrophic sama sekali, tetapi saprophytic. Dan terdapat agak banyak spesies tumbuhan berbunga, fungi, dan bakteria yang merupakan parasit.
Sistem pengelasan biologi semasa (lihat cladistics) cenderung untuk memberi penekanan perkaitan genetik antara organisma sebagai asas pengelasan. Secara sempurna, taxon (atau clade) perlu monophyletik; semua organisma dalam taxon atau clade sepatutnya berkongsi leluhur tunggal, dan taxon atau clade sepatutnya merangkumi semua keturunan dari leluhur tunggal itu. Satu cara lain mentakrifkan Alam Tumbuhan adalah untuk menentukan samaada semua organisma dalam alam boleh dijejak kepada leluhur tunggal.
Kita tidak dapat memberikan jawapan yang pasti. Senarai ciri-ciri yang membezakan Tumbuhan (Plantae) daripada alam biologi lain memberikan sekurang-kurangnya takrifan teknikal. Masalah kekaburan atau persetujuan dalam istilah menggambarkan tumbuhan adalah pernyataan kefahaman (understanding statements), sering dijumpai dalam rencana Wikipedia, contohnya: ...xylem merupakan satu dari dua tisu pengangkutan dalam tumbuhan. Secara umum ia tidak boleh dianggap merangkumi semua tumbuhan, alga sehingga tumbuhan berbunga. Kemungkinan besar ia tidak merangkumi fungi atau bakteria. Sebenarnya, ia lebih selamat untuk menganggap perbincangan di atas merupakan tumbuhan vaskular (khususnya paku-pakis, konifer, tumbuhan berbunga, dan beberapa yang lain) kecuali disebut berlainan (contoh., ...dalam tumbuhan vaskular dan bukan vaskular seperti ini dan ini dan ini ).
Sistem pengelasan (lihat pengelasan saintifik) digunakan oleh para biologi untuk mengkatalog organisma yang hidup di bumi telah digunakan oleh beribu pakar sains yang meluangkan masa untuk melengkapkannya. Sistem ini direka agar "berkecuali", mentakrifkan perkaitan evolusi antara kesemua spesies berlainan (termasuk yang hanya dikenali melalui fosil). Tumbuhan adalah sebahagian daripada usaha pengelasan dan samaada menentukan "tumbuhan" secara meluas atau khusus, kita mesti memasukkan rujukan kepada sistem pengkelassan dalam kesemua usaha terpelajar untuk mendapatkan atau memberikan mamlumat mengenainya.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar